Tuesday, December 25, 2012

Subuh

Tika subuh inginnya terbit
pandang pada tingkap gelap
meskipun tahu isinya kosong
meskipun tahu gerak geri isinya dimana
harus aku cari atau biarkan saja?

Wednesday, November 21, 2012

Surat buat talian

Aku punya keinginan pada sesuatu yang manusia tidak mahu, bagaimana mahu bercampur jika aku bergini? Bergelumang dengan rahsia, hilang dalam tiba tiba. Aku telah sisihkan banyak jiwa yang mengharap.
Bersandar pada dinding lorong gelap senyap sisih dari hingar, jauh dari talian hidup norma, ada seorang muda datang menjamah sisa mata dari aku, seorang dewasa menyentuh jantung aku dan seorang tua menghulur rasa. Mereka kata biarlah kau disini buat sementara, mengintai rumah dari jauh, masa kau akan tiba.

Wednesday, October 31, 2012

Khabar gelap dari langit

Peluru dari langit
hitam, pekat
selubung dari cahaya ke malam
terbatas segala gerak
mati, suram
terperangkap
namun masih ada perlaku dosa
di balik jendela
bergelumang di atas tilam.

Tuesday, October 2, 2012

perihal budak hingusan

Padanya semua hal keliling adalah juadah bersama
tidak ada yang harus terlepas
dari telinga
mata
semuanya penting untuk terus bercerita

Ujarkanlah pada semua
aib aib si polan
perihal rumah tangga
kejadian di kamar bilik segala
atau aib kau sendiri pada si cinta?

Dalam terang gelap ini memerhati
kau masih punya kain koyak yang perlu dijahiti
sebelum kau lihat robek di keliling yang berkelahi. 
 

Friday, September 28, 2012

sedikit pesan dari aku

Jahil ini adalah anak anak terbiar
sesat dalam mencari indah dunia liar
berkitab fahaman sendiri tiang tiang syaitan
langsung terus bergelumang santun
kerap di jalan hidup memilih kiri langsung mampus

taman syurga itu lahir dari hati
biar semunafik jangan jahil mencorak
munafik masih punya percaya
masih punya asas untuk berubah.

Thursday, September 13, 2012

Muda kau belum lihat dunia
belum lihat rentak yang aku bawa tenggelam
lesap hilang tanpa jejak

muda kau belum lihat syaitan
bersepah keliling depan mata tanpa ruang
punca hanyut lali

kau mahu hidup begitu?
terperangkap jadi hamba si pelobi!
mampus!

Sunday, September 9, 2012

Mitos
karut
marut
ciptaan
menyesatkan

pengganggu rancangan
sia sia aku kejar sungai Firdaus
jika terus bergelumang dengan hitam pekat duniawi
roh yang terakhir masih lemas berbelah bagi
si penghasut hati masih di meja catur
tekun menetapkan benak di hati
buntu

Sunday, September 2, 2012

Tolong

Tolonglah
jangan dedahkan diri kamu semua
aku merayu
bukan senang untuk aku mengelak diri
dari terlihat wajah wajah yang membesarkan ku
jikalau aku ke sana ancaman nya maut

sedikit sahaja masa lagi
biar aku selesaikan semua agar dapat aku pulang dengan aman.

Monday, August 13, 2012

bila kau sisihkan diri
apa yang kau dapat?
apa yang kau rasa?
sanggup kau kembali ke tampuk lama?
dimana kau sekat arus seni yang membuak buak
hingga ketinggalan di belakang anak muda.

perang keinginan

Kau tahu tak yang kau tu saorang?
semua ni bukan keluarga kau
buat kau ragu segala kebaikan yang datang
jangan halang mereka kerumuni kau
sebab yang satu di dalam itu sementara

sanggup kau biarkan diri kau bosan?
melawan segala apa yang kau suka?
goncanglah akal sikit please!

Sunday, August 12, 2012

berambus

Lekas lah
kau bukan umur belasan tahun
dapat bermain masa kesana sini
ini bukan tempat kau lagi
berambus lah

Thursday, August 9, 2012

peringatan

sampai satu saat orang akan muak dengan telatah kau
satu option yang tinggal
lari ke tempat tidak dikenali
kau mahu begitu?

Tuesday, July 31, 2012

A, B dan C

Dua karektor ini
aku kejar
wujud setiap satu di realiti
dan fantasi
diperhati dari dalam
cuba memahami permasalahannya
punca aku menulis kembali.

Magisnya berbisa
mengolah jiwa yang paling dalam
tapi kali ini aku rasa tergugat
mungkin kehilangan kedua duanya
kerna aku sudah mula rasa pudar
dan aku terperangkap di babak kedua
penulisan novel ku

tanpa arah tuju

Mampus!

Selamat Datang Jiwa Jiwa Muda

Malam bosan
remaja bertaburan
di setiap pelusuk ruang
masih mencari pembaharuan

ada seorang memerhati
dalam hati membisik sinis
jiwa jiwa berontak ini
masih tidak tahu apa menanti
antara derita bahagia
mahupun bersorak murung
masih diperingkat awal
stanza stanza pendedahan sosial

Selamat datang ke tanah "pendosa"

Monday, July 23, 2012

Khianat

Di hadapan cermin, jari telunjuk ku ke arah hati

"Dalam jaga dan tidurku kau hadir,
si sundal pemutar belit,
hingga aku termenung bila terjaga
dan aku biarkan kau hidup
untuk hari hari mendatang
tanpa aku sedar bahawa
kau lah teman paling khianat."

Tuesday, July 17, 2012

Niat

Runtuh ini dia terjaga
dari lamunan sandiwara
seorang idola
kelat nya dia terasa
menikam lidah hati
mengenal palat manusia berahi

mungkin silap nya satu
niat awalnya yang beribu
niat awalnya mencari hiasan
niat awalnya untuk kesempatan

ternyata benih benih gugur
jatuh di tanah gersang

Wednesday, July 11, 2012

lenyap

Sempat merasa tetesan rindu
lenyap ditiup angin nafsu

 sempat merasa dipelayaran
air nya kering diganti taufan

sempat merasa sudah melindung
datang ombak menukar arus

Tempohnya berlarutan terlalu lama
petanda benak hati tidak menerima

Sunday, May 27, 2012

Penghuni Alam

Aku ini penghuni alam,
bersemayam diantaranya
manusia, kamu dan Si penjaga langit
serta Si pemegang batas di balik awan.

Si penghasut hati bermaharajalela
menanam benih benih nafsu
mendukung kejatuhan khalifah tuhan

hadir aku pula memelihara
walau dengan cara sejijik haiwan
adapun tewas dengan manusia bermain hati
tidak pula aku meminta diangkat junjung berkuasa sakti

hanya berbekal kalam kicauku yang telah lama tercicir
di awan manis penghasut berbibir
harus aku lebarkan sayapku melindungi jasad jasad lemah
sebelum semuanya turun ke darjat paling rendah.

Wednesday, May 23, 2012

Perihal katil Merajuk

Katil ini seperti menolak aku pergi
diluah segala yang terpendam seperti merajuk
berlarutan sepanjang malam
kehilangan aku selama ini rupanya diratapi.

Puaslah kau katil,
dapat kau luahkan segala
sehingga mata ku lebam
bersengkang mata
sedangkan aku masih terkurung
dengan ego beguling dengan diri dan sunyi.

mati jika terus bergini
dibuang katil sendiri
dibunuh roh tamak yang terus berdiri.

Friday, May 4, 2012

Kepulan Fikir

Hampir setiap hari
dalam tujuh bulan ini
aku memerhati ke luar jendela
melihat retak yang kian merebak

Hanya sebutir rasa bersalah gugur
namun hanyut dibaham sungai nafsu
sering juga aku memerhati dalam gelap malam mengingat
mendakap sesuatu yang bukan tentu milikku
setiap kali perasaan ini timbul di awan fikir
ego ku membenam timbus ke tanah subur

Persoalannya sampai bila?
sampai bila harus aku mainkan peranan ini?
kerna dalam wujudku tidak pernah timbul silap
kerna setiap sesuatu menemukan aku dengan sesuatu.

Tuesday, February 14, 2012

mahu semula

sudah banyak yang terlepas pandang
satu demi satu aib terbongkar
realitinya aku sedih ianya berakhir bergini

Saturday, January 21, 2012

tembok penghalang

kewujudannya sangat aneh melonjak keraguan
seputik rasa dalam hati pun tidak terhasil
setelah benih benih halus rasa telus ditanam
semuanya bagai dihalang mekar mengembang

aku harus cari kunci itu
bagi membuka tembok penghalang
andai ianya tidak berpenghujung
maka bukan aku untuk diberi peluang

Wednesday, January 11, 2012

kisah Singa Harimau dan Khinzir

mungkin sudah tiba masa dibongkar rahsia
tentang berselindung dalam kamar terang
tentang si singa yang sudah nyenyak tidur sekian lama
si harimau yang berangan menjadi si raja
si khinzir yang bersengkongkol dengan ketamakan

minggu ini si harimau bebas dari pertuduhan
si singa punya percaturan berbeza
melempar terus kaitan dari atas ke bawah
mungkin kali ini lebih besar kesulitan sang unggas membawa khabar berita.
akan ada perubahan besar pada koloni sang raja singa
membersih keturunan demi kepentingan berbeza.

Saturday, January 7, 2012

Ada segelintir wajah
membuai rindu
tatkala hati masih keliru

aku harap
bila semuanya selesai
wajah wajah ini
akan kembali membuka pintu

bisakah aku bersuara
seikhlas hati
memberi harapan
pada janji manusia yang tidak pasti
bila beraksi juga terhad
kerna takut disalah erti

berombak halus emosi igauan lampau
menghunus celah celah retak luka
membuat diri berfikir sejenak
untuk menghumban diri ke tampuk lama
keputusan masih berbelah bagi
satu janji tuhan yang pasti
tidak datang hadir sepatas hati

Friday, January 6, 2012

"I have learned to seek my happiness by limiting my desires, rather than attempting to satisfy them."

Tuesday, January 3, 2012

tiba tiba masa jadi cemburu
ada hati yang pilu
dek janji tuhan yang tidak datang melulu